Pecah rekod! Terkejut tengok jumlah kutipan tayangan awal Munafik 2

Pecah rekod! Terkejut tengok jumlah kutipan tayangan awal Munafik 2 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pecah rekod! Terkejut tengok jumlah kutipan tayangan awal Munafik 2, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pecah rekod! Terkejut tengok jumlah kutipan tayangan awal Munafik 2
Link Artikel/Video : Pecah rekod! Terkejut tengok jumlah kutipan tayangan awal Munafik 2

Baca juga


Pecah rekod! Terkejut tengok jumlah kutipan tayangan awal Munafik 2

KUALA LUMPUR - Filem terbitan Skop Productions dan President Productions, Munafik 2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.05 juta pada tayangan pembukaan.

Menerusi jumlah kutipan tersebut, filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta rekod tersendiri iaitu jumlah kutipan tayangan awal paling tinggi bagi filem tempatan.

Jumlah kutipan itu turut disahkan oleh penerbitnya, Datuk Yusof Haslam dengan merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Filem ke-10 arahan Syamsul itu turut dibintangi beberapa barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada tahun 2016 telah berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta.

Sumber - K! ONLINE