Pengawal keselamatan maut ditembak

Pengawal keselamatan maut ditembak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pengawal keselamatan maut ditembak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pengawal keselamatan maut ditembak
Link Artikel/Video : Pengawal keselamatan maut ditembak

Baca juga


Pengawal keselamatan maut ditembak

PARIT - [DIKEMASKINI] Kegembiraan seorang pengawal keselamatan menikmati cendol dibelinya bersama dua lagi rakan sekerjanya tidak lama selepas dia dipercayai ditembak seorang daripada mereka.

Malah kejadian yang dikatakan berlaku antara jam 7.30 hingga 8 malam di balai pengawal keselamatan di sebuah kilang ubat di Seri Iskandar itu menyebabkan mangsa maut dilokasi selepas ditembak di bahagian kiri dadanya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa lelaki Orang Asli berusia 37 tahun bekerja hampir tiga tahun di kilang berkenaan.

"Pihak polis menerima panggilan kejadian pada jam 8.25 malam daripada seorang rakan setugas mangsa dan menurut pengadu mangsa bertugas bersamanya dan seorang lagi lelaki berusia 52 tahun.

"Bagaimanapun rakan sekerjanya yang berusia 52 tahun itu didapati menghilangkan diri selepas kejadian dan pihak polis masih memburu lelaki yang berasal dari Telok Bakong, Lambor Kanan," katanya kepada pemberita di lokasi, malam tadi.

Menurut Mohamad Zainal, pengawal keselamatan di kilang berkenaan tidak dibekalkan senjata api dan polis percaya pistol yang digunakan suspek adalah miliknya dan menemui satu kelongsong bersama sebutir anak peluru di lokasi kejadian.

"Kita sudah mengambil keterangan semua pengawal yang bertugas di kilang ini dan hasil siasatan awal mendapati kejadian mungkin berlaku disebabkan masalah peribadi.

"Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan," katanya.

Sumber SH