Tajuk : Ini punca Tommy Thomas undur diri ketuai kes Najib
Link Artikel/Video : Ini punca Tommy Thomas undur diri ketuai kes Najib
Ini punca Tommy Thomas undur diri ketuai kes Najib
KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tommy Thomas melantik Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Pihak Pendakwaraya melawan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan beliau, beliau tidak boleh menggabungkan semua komitmen tugas sebagai Peguam Negara dan dalam masa sama mengendalikan perbicaraan kes melawan Najib yang ditetapkan bermula pada 12 Februari 2019 dan berakhir 29 Mac 2019.
Menurutnya, perbicaraan yang penting dan rumit seperti itu memerlukan perhatian sepenuh masa daripada kaunsel utama, bukan semasa tempoh perbicaraan sahaja tetapi dalam bulan-bulan sebelum dan selepas perbicaraan.
“Dengan menggunakan budi bicara saya di bawah Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), saya melantik Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Pihak Pendakwaraya melawan Najib Razak,” memetik kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, Tommy turut melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan yang akan menerajui keseluruhan proses mengkaji kertas siasatan sebelum menyediakan kertas dakwaan dan mendakwa mereka yang tertuduh.
Menurut beliau, Sulaiman dan Sri Ram juga akan melakukan kerja-kerja pendakwaan secara 'pro-bono' atau sukarela dengan tidak mengenakan sebarang yuran guaman.
“Dengan pelantikan dua individu terkemuka dalam Majlis Peguam ini menunjukkan komitmen serius kami untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia,” ujarnya.
Sumber SH

“Tuntuan perkara-perkara yang segera dan mendesak ini tidak memberikan saya masa mencukupi untuk menumpukan sepenuh perhatian ke atas pendakwaan ini (pendakwaan terhadap Najib).