Tajuk : Bandar di New Zealand haramkan kucing disebabkan perkara ini!
Link Artikel/Video : Bandar di New Zealand haramkan kucing disebabkan perkara ini!
Bandar di New Zealand haramkan kucing disebabkan perkara ini!
SOUTHLAND, New Zealand – Sebuah bandar kecil di New Zealand mahu mengharamkan kucing peliharaan di bawah ‘pelan perosak’ baharu untuk melindungi hidupan liar asli khususnya burung kecil.
Pemilik kucing di kawasan komuniti Omaui, dekat sini disyarat perlu menjalani pemandulan terhadap haiwan itu, dipasang cip mikro, mendaftar dengan pihak berkuasa dan dipantau sehingga waktu kematian.
“Kucing anda boleh menjalani kehidupan semula jadi di Omaui. Tetapi apabila mati, anda tidak boleh menggantikannya,” kata pengurus operasi biokeselamatan Omaui, Ali Meade kepada Newshub.
Perubahan baharu yang drastik itu mungkin pengakhiran kepada semua kucing di bandar pesisir tersebut apabila individu yang ingin membeli kucing baharu atau pengganti dianggap melanggar Akta Pengurusan Perosak.
Jabatan Alam Sekitar Southland telah mencadangkan perubahan itu untuk membantu melindungi biodiversiti di kawasan berkenaan.
Katanya, kamera pengawasan telah merakam pergerakan kucing di kawasan itu untuk memantau kerosakan yang dilakukan terhadap flora dan fauna asli.
“Terdapat kucing-kucing masuk ke dalam semak dan menghendap burung-burung, memakan serangga, reptilia dan semuanya. Keadaan itu merosakkan kitaran semula jadi,” jelas Meade.
Omauri seluas 230 hektar melibatkan kawasan hutan dan tanah rendah serta mempunyai banyak burung asli seperti merpati ekor kembang, burung siul kelabu dan burung raja udang. – Agensi
Sumber Kosmo