Ummi Nazeera selamat jadi ibu...sedap betul nama anaknya

Ummi Nazeera selamat jadi ibu...sedap betul nama anaknya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ummi Nazeera selamat jadi ibu...sedap betul nama anaknya , kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ummi Nazeera selamat jadi ibu...sedap betul nama anaknya
Link Artikel/Video : Ummi Nazeera selamat jadi ibu...sedap betul nama anaknya

Baca juga


Ummi Nazeera selamat jadi ibu...sedap betul nama anaknya

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ummi Nazeera, 28, selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah pada 22 Ogos lalu di Hospital Serdang, Selangor, sebulan lebih awal daripada jangkaan doktor.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin melahirkan bayi perempuan itu pada jam 11.37 malam menerusi pembedahan ketika kandungannya mencecah usia 34 minggu.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna. Fasa baharu sebagai ibu begitu indah, apatah lagi ia pengalaman pertama saya,” katanya yang turut berkongsi wajah anaknya di laman sosial, Instagram, petang tadi.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Patahnya Sayap Malam itu diijabkabulkan dengan Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 31, di kediaman bapa saudaranya di Bukit Tunku, di sini pada 23 Julai tahun lalu.

Ummi bakal muncul dengan filem terbarunya, Gol & Gincu Vol 2 terbitan Red Films bermula 25 Oktober ini.

Sumber BH