Mangsa rogol bakar diri bantah polis gagal bertindak

Mangsa rogol bakar diri bantah polis gagal bertindak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mangsa rogol bakar diri bantah polis gagal bertindak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mangsa rogol bakar diri bantah polis gagal bertindak
Link Artikel/Video : Mangsa rogol bakar diri bantah polis gagal bertindak

Baca juga


Mangsa rogol bakar diri bantah polis gagal bertindak

NEW DELHI: Mangsa rogol di India meninggal dunia di hospital selepas membakar diri sebagai bantahan kepada kegagalan polis mengambil tindakan.

Superintenden Polis, S Channappa, memberitahu ada kesilapan dilakukan polis dan siasatan dijalankan untuk melihat sama ada keluarga wanita berkenaan ditekan supaya tidak membuat laporan.

Wanita berusia 28 tahun itu meninggal dunia semalam di hospital di Shahjahanpur, di negeri Uttar Pradesh, 24 jam selepas mengalami kecederaan kritikal apabila membakar diri di rumahnya.

“Kami menangkap tertuduh hari ini dan juga menggantung pegawai polis terbabit sehingga arahan selanjutnya,” kata Channappa.

Mangsa dan suaminya membuat aduan rogol di balai polis pada 23 Ogos lalu.

Suaminya mendakwa polis enggan mendaftarkan kes dan meminta mereka menyelesaikan perkara itu dengan tertuduh yang sekampung dengan mereka.

“Kami surat ditandatangani mangsa dan keluarga menyatakan mereka mencapai persetujuan dengan tertuduh,” kata Channappa.

Pihak berkuasa kini menyiasat sama ada mangsa dipaksa pegawai.

“Aduan perlu didaftarkan segera. Ini adalah kesilapan pihak kami,” katanya. — AFP

Sumber BH