Dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki

Dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki
Link Artikel/Video : Dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki

Baca juga


Dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki

BLITAR - INDONESIA. Seorang murid sekolah rendah bukan sahaja dikurung selama lima hari, malah dia turut dirogol lelaki dikenalinya.

Lebih malang, ini bukanlah kali pertama perkara seumpama itu berlaku kerana siasatan polis mendapati kejadian sama kerap menimpa mangsa sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, mangsa yang baru berusia 11 tahun pernah dirogol lebih dua lelaki sebelum ini.

Kali ini, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki.

Kejadian itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah selama lima hari.

"Dari laporan itu kami melakukan siasatan dan berhasil menemukan mangsa di rumah salah seorang pelaku di wilayah Udanawu.

"Setelah berjaya ditemui, baru mangsa bercerita telah diperkosa oleh lapan  pemuda," kata jurucakap polis Samsul Anwar.

Tambahnya lagi, mangsa ditemui dalam keadaan trauma.

"Mangsa diperdaya oleh rakannya. Dia diberi minuman keras sebelum diperkosa," katanya.

Kesemua tertuduh didakwa merogol remaja bawah umur dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara. - Detiknews

Sumber SH