Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah

Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah
Link Artikel/Video : Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah

Baca juga


Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff  berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam di Jalan Tun Razak.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, telah berlaku kemalangan kecil antara Toyota Alphard yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri sendirian dengan sebuah van di simpang keluar sebuah bangunan.

"Akibat itu, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tidak berpuas hati dan menurunkan tingkap.

"Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar," katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000.

Susulan itu, laporan telah dibuat dan polis telah menahan pemandu van berusia 42 tahun itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi di Jalan Ampang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber SH