Penghantar kurier maut dihempap pokok

Penghantar kurier maut dihempap pokok - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Penghantar kurier maut dihempap pokok, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Penghantar kurier maut dihempap pokok
Link Artikel/Video : Penghantar kurier maut dihempap pokok

Baca juga


Penghantar kurier maut dihempap pokok

PENGHANTAR kurier maut selepas dihempap pokok Akasia yang tumbang akibat dilanda ribut di tepi sebuah resort terbiar di Jalan Masjid, Muadzam Shah, Rompin, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa Noor Mohd Farhan Mohmad Noor, 31, dari FELDA Keratong 1, Bandar Tun Razak, Muadzam Shah dikatakan dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas menghantar barang di Bandar Satelit, Rompin meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian angin kencang kira-kira 15 minit sebelum hujan lebat secara tiba-tiba melanda sekitar kawasan Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 adalah individu yang pertama menjadi korban ribut di daerah ini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebatang pokok berukur lilit kira-kira dua meter yang tumbang sebelum menghempapnya.

“Kejadian berkenaan disedari pengguna yang melalui laluan berkenaan sebelum menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan,” katanya.

Azly berkata, sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa 30 minit untuk mengalihkan pokok tumbang itu bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Menurutnya, polis terpaksa menutup laluan berkenaan kepada semua kenderaan bagi memudahkan kerja kerja menyelamat dilakukan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut,” katanya.

Sumber HM