Bekas Ketua Pengarah JPM ditahan SPRM disyaki salah guna dana PRU14

Bekas Ketua Pengarah JPM ditahan SPRM disyaki salah guna dana PRU14 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Bekas Ketua Pengarah JPM ditahan SPRM disyaki salah guna dana PRU14, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Bekas Ketua Pengarah JPM ditahan SPRM disyaki salah guna dana PRU14
Link Artikel/Video : Bekas Ketua Pengarah JPM ditahan SPRM disyaki salah guna dana PRU14

Baca juga


Bekas Ketua Pengarah JPM ditahan SPRM disyaki salah guna dana PRU14

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas ketua pengarah di sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana disyaki turut terlibat dalam salah guna wang dana milik Kerajaan Malaysia bagi peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 61 tahun yang bergelar Datuk itu ditahan pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati wanita tersebut terlibat bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan yang direman hari ini kerana telah menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut bagimanapun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, suspek tersebut akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber - K! ONLINE