Sebar video seks, berang pinangan ditolak

Sebar video seks, berang pinangan ditolak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Sebar video seks, berang pinangan ditolak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Sebar video seks, berang pinangan ditolak
Link Artikel/Video : Sebar video seks, berang pinangan ditolak

Baca juga


Sebar video seks, berang pinangan ditolak

BERANG ‘pinangannya’ ditolak, lelaki di Bandung, Indonesia, tergamak menyebarkan video hubungan seksnya dengan remaja berusia 13 tahun di media sosial.

Ketua Polis Jabar, Irjen Agung Budi Maryoto berkata, mangsa mula mengenali suspek yang berusia 26 tahun di Facebook (FB) sebelum hubungan mereka berlanjutan ke aplikasi sembang.

“Hubungan mereka terjalin atas dasar suka sama suka apabila suspek membawa mangsa ke rumahnya di Sukasari, Bandung.

“Sebaik tiba di rumah, suspek kemudian memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks, lalu mangsa setuju. Suspek pula dengan sengaja merakam aksi mereka.

“Hubungan mereka berlanjutan sehingga suspek tiba-tiba mengugut menyebarkan video hubungan intim mereka, pada April, jika mangsa enggan menikahi suspek,” katanya menurut laporan media Indonesia.

Difahamkan, suspek mahu menjadikan gadis terbabit sebagai isteri yang sah, bagaimanapun mangsa enggan menikahi suspek berikutan masih bawah umur.

Suspek yang berang ‘pinangannya’ ditolak, nekad menyebarkan video seks mereka sehingga ke pengetahuan pihak sekolah mangsa selain memanggil mangsa dengan gelaran ‘budak seks’.

"Sebaik video itu tersebar, guru besar sekolah mangsa yang terlebih dahulu mengetahui perkara itu melaporkan hal berkenaan kepada ibu bapa mangsa.

"Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung video terbabit,"

Berdasarkan laporan ibu bapa mangsa, polis menahan suspek yang juga penganggur itu dan suspek akan didakwa mengikut Undang-Undang Perlindungan Anak kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.

Sumber HM