Tukul sakti bawa mati

Tukul sakti bawa mati - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tukul sakti bawa mati, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tukul sakti bawa mati
Link Artikel/Video : Tukul sakti bawa mati

Baca juga


Tukul sakti bawa mati

Kuala Lumpur: Pil Tukul Sakti kononnya mampu membuat lelaki ‘mati’ beraksi semula. Itu antara ayat promosi diguna pakai sindiket yang dikesan menjual pil rangsangan seks haram yang diseludup dari India melalui laman sosial.

Pil kuat didakwa dihasilkan daripada herba organik sebaliknya mengandungi racun berjadual yang boleh membahayakan nyawa lelaki selain menyebabkan kematian mengejut individu memakannya.

Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Zainudin Abdul Wahab berkata, pengesahan maklumat dan risikan dijalankan pegawai Cawangan Penguat kuasa Farmasi (CPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak dua bulan berhubung penjualan pil itu membawa kepada serbuan di premis di Setapak di sini, semalam.

Menurutnya, serbuan dilakukan terhadap syarikat dikendalikan lelaki warga asing yang dibantu beberapa pekerja.

“Modus operandi syarikat menjual produk rangsangan seks itu secara atas talian saja. Produk tidak boleh dibeli secara walk-in atau pembayaran terus di premis.

“Penjualan produk ini dilakukan secara atas talian melalui orang tengah atau ejen di seluruh Malaysia dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata, pembeli perlu mengisi borang secara atas talian di laman sesawang syarikat sebelum wakil syarikat menghubungi pembeli untuk urusan pembayaran serta penghantaran produk.

“Langkah ini menunjukkan pihak yang menjual pil rangsangan seks itu amat berhati-hati berikutan bimbang diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Namun menurutnya, pihak CPF mampu menjejaki ibu pejabat syarikat di premis tiga tingkat di Setapak. Ketika serbuan tengah hari semalam, CPF mendapati pemilik premis tidak meletakkan apa-apa papan tanda perniagaan dan premis seolah-olah tidak berpenghuni,” katanya.

Menurutnya, 15 pegawai CPF Kuala Lumpur dan Putrajaya diketuai Ketua Seksyen Perisikan dan Operasi BPF Kuala Lumpur Mohd Shahid Yahaya melakukan pemeriksaan di dua premis di lokasi itu.

“Sebanyak 4 jenis produk rangsangan seks bernilai lebih RM3 juta ringgit dirampas. Rampasan membabitkan produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk produk rangsangan seks itu.

“Kebanyakan produk siap dibungkus dan menunggu masa dihantar kepada pelanggan di seluruh negara menggunakan khidmat kurier. Setiap botol produk dijual pada harga hampir RM200,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki keluaran bukan berdaftar.

“Bagi individu, kesalahan ini boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi syarikat, hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000,” katanya.

Sumber HM