Tajuk : Sejam tahan sakit terperangkap dalam mesin basuh
Link Artikel/Video : Sejam tahan sakit terperangkap dalam mesin basuh
Sejam tahan sakit terperangkap dalam mesin basuh
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas terperangkap dalam mesin basuh di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12 di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kanak-kanak lelaki terbabit, Mohd Azam Razlan dipercayai bermain di mesin basuh berkenaan sebelum termasuk ke bahagian mesin pengering dipercayai akibat licin.
Ahli keluarganya kemudian dikatakan meminta bantuan jiran untuk mengeluarkan mangsa, namun gagal sebelum menghubungi bomba.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan pada jam 10.43 pagi dan menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong bahagian pengering menggunakan peralatan khas.
"Kanak-kanak terbabit cuma mengalami lebam di bahagian kaki. Operasi tamat pada jam 11 pagi," katanya.
Sumber BH