Kesian Khai Bahar, benda ni pun jadi isu...

Kesian Khai Bahar, benda ni pun jadi isu... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kesian Khai Bahar, benda ni pun jadi isu..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kesian Khai Bahar, benda ni pun jadi isu...
Link Artikel/Video : Kesian Khai Bahar, benda ni pun jadi isu...

Baca juga


Kesian Khai Bahar, benda ni pun jadi isu...

KUALA LUMPUR: Dikritik gara-gara berkongsi masalah bau badan yang pernah dialaminya, penyanyi Khai Bahar mengaku tidak terkesan dengan kata-kata negatif dilemparkan netizen.

Khai menjelaskan, perkongsian itu sekadar renungan dan pendedahan bagi orang ramai menitikberatkan penampilan diri.

“Saya bercerita pernah mengalami masalah bau badan yang dialami ketika zaman belajar dulu. Ketika remaja, biasalah, soal aroma tubuh dipandang remeh.

“Saya hanya mengajak orang ramai menjaga diri supaya tidak timbul masalah bau badan yang kurang menyenangkan,” katanya kepada BH Online.

Khai berkata, setakat ini tiada komen netizen mengenai perkara itu yang mengguris hatinya.

“Sebaliknya, rata-rata ramai yang mempersoalkan perkongsian itu. Namun, bagi saya, apa salahnya sesekali terima komen negatif kerana tidak selamanya kita dipuji.

“Memandang dari sudut positif, ia membuka mata netizen mengenai produk deodorant atau sapuan anti peluh yang saya wakili. Tidak ramai yang tahu mengenai produk itu, jadi ini suatu publisiti buat saya,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya, Khai teruja sekali lagi tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.

“Alhamdulillah... Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata gembira. Semuanya hasil usaha peminat yang bertungkus lumus menyokong perjalanan kerjaya saya.

“Biarpun penat berulang-alik bekerja, namun saya menguatkan semangat demi peminat yang tidak pernah jelak memberi sokongan. Cuma saya mohon maaf kepada mereka yang terasa jika saya terlepas pandang komen dan sebagainya,” katanya.

Khai mengaku terpaksa mencuri masa untuk membalas semua komen peminat di laman sosial.

“Ada kalanya secara tidak sengaja, saya terlepas pandang,” katanya.

Sumber BH