Takziah...Tok Non meninggal dunia

Takziah...Tok Non meninggal dunia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Takziah...Tok Non meninggal dunia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Takziah...Tok Non meninggal dunia
Link Artikel/Video : Takziah...Tok Non meninggal dunia

Baca juga


Takziah...Tok Non meninggal dunia

GEORGETOWN: Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, 58, meninggal dunia awal pagi tadi akibat kanser darah.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 2.07 pagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas solat Asar.

Kematian Zainal disahkan oleh adiknya, Datuk Omar Osman, yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM).

Berita mengenai kematian beliau mula memenuhi laman sosial dengan orang ramai menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Zainal yang lebih dikenali sebagai Tok Non adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga bekas penasihat khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Arwah meletak semua jawatannya di dalam parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Zainal meninggalkan seorang balu, Datin Seri Shafiqa Melvin, anak dan cucu.

Sumber BH