Terkejut Bila PM Dedah Sebab Nak Perkenal Cukai Soda...

Terkejut Bila PM Dedah Sebab Nak Perkenal Cukai Soda... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut Bila PM Dedah Sebab Nak Perkenal Cukai Soda..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut Bila PM Dedah Sebab Nak Perkenal Cukai Soda...
Link Artikel/Video : Terkejut Bila PM Dedah Sebab Nak Perkenal Cukai Soda...

Baca juga


Terkejut Bila PM Dedah Sebab Nak Perkenal Cukai Soda...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar dikenakan cukai terhadap minuman soda, namun beliau menegaskan ia adalah atas faktor kesihatan,

Beliau berkata, kajian mendapati kadar penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini adalah disebabkan pengambilan gula yang melebihi had dibenarkan.

“Kerajaan mendapati terdapat mereka yang mengambil minuman botol lebih dari enam kali sehari. Anda boleh minum air, tetapi jika anda mengambil minuman botol, kandungan gulanya begitu tinggi, sebab itu kami ingin mengurangkan penggunaan gula.

“Sebab apabila kami pergi hospital, orang datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit, tetapi bila diperiksa kesemua mereka ada diabetes,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0 di ibu negara hari ini.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, mencadangkan supaya diperkenalkan cukai soda ke atas minuman berkarbonat bagi menampung hasil kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sumber Awani