Tendang kucing, lihat hukuman dikenakan mahkamah! Tak sangka...

Tendang kucing, lihat hukuman dikenakan mahkamah! Tak sangka... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tendang kucing, lihat hukuman dikenakan mahkamah! Tak sangka..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tendang kucing, lihat hukuman dikenakan mahkamah! Tak sangka...
Link Artikel/Video : Tendang kucing, lihat hukuman dikenakan mahkamah! Tak sangka...

Baca juga


Tendang kucing, lihat hukuman dikenakan mahkamah! Tak sangka...

SEBERANG PERAI - Seorang remaja perempuan bawah umur dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Butterworth di sini sebentar tadi atas pertuduhan menendang seekor kucing pada Mac lalu.

Tertuduh berusia 16 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira pukul 1 petang pada 4 Mac 2018.

Kesalahan itu, didakwa dilakukan di belakang kedai perabut, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), namun dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 601) kerana masih di bawah umur.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd. Zamri Shak@Ishak.

Difahamkan tindakan remaja berkenaan telah dirakam sebelum dimuat naik ke laman sosial dan menjadi tular.

Sumber - K! ONLINE