Tiga tahun tak jumpa bapa, ini luahan sayu Nabila Huda...

Tiga tahun tak jumpa bapa, ini luahan sayu Nabila Huda... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tiga tahun tak jumpa bapa, ini luahan sayu Nabila Huda..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tiga tahun tak jumpa bapa, ini luahan sayu Nabila Huda...
Link Artikel/Video : Tiga tahun tak jumpa bapa, ini luahan sayu Nabila Huda...

Baca juga


Tiga tahun tak jumpa bapa, ini luahan sayu Nabila Huda...

KUALA LUMPUR - Pelakon Nabila Huda mendedahkan dia amat merindui bapanya, Amy Search dan berharap hubungan mereka akan bertambah baik selepas ini.

Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 34, memaklumkan agar hubungan dinginnya dengan ibu tiri, Norhasniza Hassan tidak lagi dihebohkan selain mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

"Saya sudah penat dan saya sangat berharap orang di luar sana mendoakan agar keadaan akan menjadi lebih baik. Saya mohon apa yang sudah jadi tidak digembar-gemburkan.

"Mohon juga doakan yang terbaik walaupun saya sendiri tidak tahu sama ada perkara ini boleh diselesaikan bagaimana. Saya tidak mahu komen terlalu lanjut yang akhirkan akan membuatkan kisah terus bersambung," jelasnya ketika ditemui sebentar tadi.

Katanya lagi, dia berharap orang ramai faham akan hubungannya dengan bapa, Amy Search dan tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh andai terus memberi komen yang bukan-bukan.

"Anda semua tahu bagaimana hubungan saya dengan papa (Amy). Doakan satu hari nanti, keadaan ini akan menjadi okey.

"Saya rindu papa. Sudah tiga tahun tidak bertemu," kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 itu.

Sebelum ini sekitar Jun, Nabila mendakwa pernah dipukul dan dihalau keluar rumah oleh ibu tirinya, Norhasniza Hassan yang dikenali dengan panggilan Norish.

Menerusi 20 status Insta Story yang dimuat naik Nabila itu, dia memberitahu ibu tirinya itu sebagai punca hubungannya dengan bapanya sehingga kini.

Nabila ditemui pada majlis tayangan drama bersiri KL Gangster Underworld untuk tayangan di platform penstriman video-atas-permintaan (VOD), iflix.

Sumber - K! ONLINE