Tajuk : Anwar akan bersama pembangkang untuk menyerang jika...'
Link Artikel/Video : Anwar akan bersama pembangkang untuk menyerang jika...'
Anwar akan bersama pembangkang untuk menyerang jika...'
KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas beliau akan 'berperang' dengan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Katanya, dalam hal ini beliau tidak teragak-agak untuk bersama pembangkang sekiranya kerajaan PH turut melakukan kesalahan ini.
Jelasnya, beliau tidak akan memilih bulu dan akan tetap komited meneruskan perjuangan, meskipun beliau kini di pihak kerajaan.
"Sekarang saya hendak ingatkan menteri-menteri, giliran pembangkang membaca laporan audit dan mereka serang kita kalau kita cuai, dan saya akan masuk Parlimen dalam tempoh singkat ini kalau menang.
"Kalau serangan pembangkang itu tepat, dan ada kerosakan penyelewengan dan kecuaian pada menteri saya akan bersama dengan pembangkang untuk turut menyerang," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup sempena Kongres Bumiputera dan Negara 2018 di pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, beliau konsisten untuk membasmi penyalahgunaan kuasa bagi memastikan negara terus membangun.
"Kita tidak mahu salah guna kuasa tapi kena ada sistem pemantauan yang lebih telus," katanya.
Sumber SH