Tajuk : 'Doakan pembedahan saya'
Link Artikel/Video : 'Doakan pembedahan saya'
'Doakan pembedahan saya'
Siti Elizad, 34 atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkata, dia akan bercuti sepanjang bulan ini dan dijangka kembali berlakon bulan depan.
"Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Rasa gementar dan seperti nak lari dari hospital. Saya minta anda doakan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.
"Tiada hadiah yang paling istimewa dan hebat daripada anda selain doa untuk saya. Terima kasih buat teman rapat yang sentiasa memberikan sokongan bagi bunga, buah, coklat dan banyak lagi," katanya.
Elizad, pelakon Syurga Yang Kedua meminta maaf kepada produksi kerana tidak dapat ke lokasi sepanjang bulan ini.
"Insya Allah, saya akan kembali beraksi bulan depan. Doakan ya.
"Maaf juga kepada yang saya tidak sempat jawab mesej dan panggilan," katanya.
Sumber HM