Tajuk : Guan Eng Dibebaskan. Ini Tindakan Mengejutkan Peguam Kepada SPRM!
Link Artikel/Video : Guan Eng Dibebaskan. Ini Tindakan Mengejutkan Peguam Kepada SPRM!
Guan Eng Dibebaskan. Ini Tindakan Mengejutkan Peguam Kepada SPRM!
Peguam, Datuk Abu Backer Sidek menunjukkan dokumen yang akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat Peguam Negara, Tommy Thomas dan Pengarah Bahagian Undang-Undang SPRM, Mohd. Masri Daud. GAMBAR: RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA - Seorang peguam Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat Peguam Negara Tommy Thomas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas pertuduhan rasuah.
Katanya, beliau percaya Thomas adalah individu bertanggungjawab "merestui" Pengarah Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan SPRM Mohd Masri Daud untuk memohon kepada mahkamah supaya pertuduhan ke atas Lim digugurkan.
Menurut undang-undang Peguam Negara boleh mendakwa dan menggugurkan pendakwaan kes.
Abu Backer antara individu yang membuat laporan kepada SPRM berhubung kes Lim itu sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita ketika hadir membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM, di sini hari ini, Abu Backer turut mendesak SPRM supaya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu supaya kes itu dibuka semula.
Mahkamah itu semalam membebaskan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan memohon perintah supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan. - Bernama
Sumber Kosmo