Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?

Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?
Link Artikel/Video : Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?

Baca juga


Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?

Pelakon Elfira Loy difahamkan baru sahaja selamat bertunang dengan lelaki bernama Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, kira-kira 9 pagi tadi.

Gempak dimaklumkan, Elfira, 24, mengadakan majlis merisik dan bertunang secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang terdekat dengannya, difahamkan juga Elfira baru beberapa bulan sahaja mengenali jejaka tersebut yang berusia 27 tahun.

“Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.

“Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang.

“Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk,” katanya.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.

Sumber Gempak