Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami...

Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami...
Link Artikel/Video : Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami...

Baca juga


Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami...

PUTRAJAYA - Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN) memohon kerajaan untuk mempertimbangkan semula bagi meneruskan perlaksanaan program latihan khidmat negara (PLKN).

Presiden PPKN, Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata,  pengumuman kerajaan untuk memansuhkan PLKN di seluruh negara itu akan menyebabkan kira-kira 3,000 pekerja di bawah mereka bakal kehilangan pekerjaan pada bulan hadapan.

Menurutnya, kontrak perlaksanaan 79 PLKN sebelum ini tamat pada 2020, namun ditamatkan lebih awal melalui pengumuman kerajaan yang terbaharu.

"3,000 pekerja di bawah kami ini sudah 15 tahun bekerja dengan kami dan kesemua mereka ini akan hilang pekerjaan.  Kerajaan tolong bantu kami.

"Kita (PPKN) menanggung hutang lagi... kenapa tamatkan (PLKN) ini," katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog bersama Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, di Putrajaya Marriott Hotel IOI Resort City, di sini, malam ini.

Ahmad Kamil berkata, PPKN berharap pihak kementerian akan dapat menyalurkan masalah berkenaan kepada Kabinet sebelum terlambat.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata, PLKN terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), namun kementeriannya sentiasa memikirkan langkah bagi membantu golongan usahawan termasuk PPKN.

Menurutnya, kerajaan tidak zalim dan beliau akan membawa permasalahan berkenaan terus kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"PPKN boleh memberikan cadangan bagaimana untuk mengembeling kemudahan yang ada dengan lebih baik supaya dapat memanfaatkan pelaburan dalam menguruskan aset yang mungkin menjadi liabiliti.

13 Ogos lalu, Biro Tatanegara (BTN) dan PLKN diumumkan dimansuhkan serta merta.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, susulan pemansuhan itu, satu program baharu akan dibentuk.

Sumber SH