Tajuk : Tak tahu malu!
Link Artikel/Video : Tak tahu malu!
Tak tahu malu!
SUNGAI PETANI - Tindakan tegas perlu dilakukan terhadap seorang wanita yang bertindak keterlaluan menggambarkan alat sulit lelaki sehingga mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
Pengerusi Skuad Badar, Azhar Mohamad berkata, wanita yang mencetuskan kontroversi dengan paparan video kelucahan melampau patut dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, tindakan wanita terbabit bukan sahaja mengundang kemarahan sekali gus menjatuhkan maruah Islam dan Melayu.
“Kami mohon pihak berwajib ambil tindakan supaya menjadi tauladan kepada pihak lain yang mempunyai hasrat sama kerana perbuatan dia telah mengundang kemarahan masyarakat Melayu seluruh negara,” katanya.
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda tadi.
Video berdurasi 2 minit 50 saat itu menjadi tular setelah wanita itu mendakwa bahawa perkahwinan dengan lelaki Melayu menyebabkan sesetengah wanita merasa menyesal.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam mengesahkan IPD Kuala Muda menerima tiga laporan polis berkaitan kes sama, tadi.
Sumber SH