Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000

Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000
Link Artikel/Video : Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000

Baca juga


Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000

SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000.

Noor Hanim, 56, ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, wanita tersebut dipercayai melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya.

 Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

"Bekas ADUN itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.

Sumber - K! ONLINE