Tajuk : Kehadiran orang awam sewaktu sebatan pesalah syariah perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
Link Artikel/Video : Kehadiran orang awam sewaktu sebatan pesalah syariah perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
Kehadiran orang awam sewaktu sebatan pesalah syariah perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu hari ini perlu dilihat semula.
"Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Suatu Perjalanan Hidup' oleh Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria di Universiti Kebangsaan Malaysia dekat sini hari ini.
Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas hukuman ke atas dua wanita yang menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta pada April lalu
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengikuti perkembangan tersebut dan mengambil sikap bahawa ia dijalankan mengikut proses undang-undang negeri. - Bernama
Sumber Kosmo