Tajuk : Polis kejar 5 lelaki lebih 100km, lepaskan dua tembakan sebelum berjaya diberkas
Link Artikel/Video : Polis kejar 5 lelaki lebih 100km, lepaskan dua tembakan sebelum berjaya diberkas
Polis kejar 5 lelaki lebih 100km, lepaskan dua tembakan sebelum berjaya diberkas
IPOH – Polis terpaksa mengejar lima lelaki sejauh lebih 100 kilometer dan melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan dinaiki sebelum berjaya memberkas mereka di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Keramat Pulai di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias berkata, semua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dan empat lelaki warga Myanmar itu berjaya diberkas pada pukul 7.45 pagi.
“Sebelum itu, polis mula mengejar kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu pada pukul 5.30 pagi di Jalan Pengkalan Pegoh selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota polis peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) telah mengarahkan kenderaan tersebut berhenti namun pemandunya terus memecut laju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Tambah Abdul Rani, polis cuba mengejar dan mengekori suspek namun kenderaan itu terus dipandu laju dalam keadaan agresif sehingga melanggar beberapa buah kenderaan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Dalam usaha melarikan diri daripada polis, kenderaan tersebut telah memasuki Jalan Changkat Larang menghala ke Batu Gajah melalui Lebuh Raya Ipoh-Lumut, Tronoh, Tanjung Tualang dan Seri Iskandar.
“Pemandu kenderaan itu kemudiannya memasuki Lebuh Raya Utara Selatan melalui Plaza Tol Gopeng sebelum keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dengan merempuh palang tol dan masuk ke jalan menghala ke Cameron Highlands,” katanya.
Katanya, apabila tiba di Kawasan Perindustrian Keramat Pulai, anggota telah memberi amaran kepada suspek untuk memberhentikan kenderaan dengan menggunakan pembesar suara MPV namun suspek enggan berbuat demikian.
“Keengganan suspek menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kenderaan tersebut dan kenderaan tersebut telah terbabas sendiri ke dalam parit sebelah kiri jalan ketika tiba di satu selekoh.
“Kesemua suspek cuba keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan mereka enggan memberikan kerjasama dengan bertindak agresif ketika ditangkap,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati suspek lelaki warga tempatan itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau bersabit kes cabul dan curi manakala empat lelaki warga Myanmar itu pula tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
“Pemeriksaan menyeluruh ke atas kenderaan itu juga mendapati Triton itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas, Seksyan 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber - K! ONLINE