Kecoh! Lelaki masuk dan bakar bilik doktor di Jelutong...

Kecoh! Lelaki masuk dan bakar bilik doktor di Jelutong... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kecoh! Lelaki masuk dan bakar bilik doktor di Jelutong..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kecoh! Lelaki masuk dan bakar bilik doktor di Jelutong...
Link Artikel/Video : Kecoh! Lelaki masuk dan bakar bilik doktor di Jelutong...

Baca juga


Kecoh! Lelaki masuk dan bakar bilik doktor di Jelutong...

GEORGETOWN: Suasana di sebuah hospital swasta di Jelutong kecoh apabila seorang lelaki secara tiba-tiba membakar bilik doktor, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berkenaan dikatakan masuk ke bilik doktor terbabit dengan membawa petrol sebelum mencurah dan menyalakan api.

Ketika itu, seorang doktor serta dua pembantunya berada dalam bilik berkenaan menyebabkan mereka turut melecur di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.55 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita tiba jam 5.05 petang namun ketika itu api sudah dipadam menggunakan alat bantuan pemadam api automatik yang dipasang dalam bilik berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati doktor serta pembantu mengalami kecederaan di muka dan badan namun tidak serius,” katanya.

Ismail berkata, lelaki yang membakar bilik itu juga turut melecur di kedua-dua tangan dan di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Kita difahamkan, lelaki berkenaan ketika itu bergelut dengan doktor dan setakat siasatan mendapati kes terbabit berpunca daripada khianat.

“Kes terbabit kini sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis sudah menahan suspek dan masih menyiasat sama ada dia mempunyai masalah mental atau sebaliknya.

Sumber BH