'Aku terpaksa...'

'Aku terpaksa...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Aku terpaksa...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Aku terpaksa...'
Link Artikel/Video : 'Aku terpaksa...'

Baca juga


'Aku terpaksa...'

“AKU terpaksa, bukan aku nak buat sangat,” kata lelaki yang mengacu pisau ke perut seorang juruwang kedai serbaneka 24 jam dalam kejadian samun di Dungun, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, lelaki terbabit berusia 20 tahun sempat melarikan wang tunai RM81, namun akhirnya kecundang apabila dia dan rakannya berusia 22 tahun ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek sebelum itu masuk ke kedai berkenaan, manakala rakan jenayahnya menunggu dengan motosikal di luar premis.

Katanya, selepas menyamun di situ, suspek kemudian memasuki sebuah lagi kedai serbaneka 24 jam di Alor Tempoyak, Dungun pada 3.20 pagi.

“Suspek turut mengacukan pisau kepada jurujual itu, namun gagal mengambil wang tunai di dalam laci kaunter disebabkan sistem mesin wang tergendala, menyebabkan laci gagal dibuka.

“Kedua-dua suspek yang berasal dari Paka, kemudian melarikan diri dengan memecut motosikal,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Baharudin berkata, pihaknya yang menerima laporan, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan kedua-dua suspek menerusi dua tangkapan berasingan dalam tempoh 24 jam.

“Seorang daripada suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Dungun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan melakukan rompakan serta samun bersenjata. Kedua-duanya ditahan reman selama enam hari,” katanya.

Sumber HM