Pukul, dera dan paksa menari bogel

Pukul, dera dan paksa menari bogel - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pukul, dera dan paksa menari bogel, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pukul, dera dan paksa menari bogel
Link Artikel/Video : Pukul, dera dan paksa menari bogel

Baca juga


Pukul, dera dan paksa menari bogel

SEORANG sami Buddha ditahan polis India atas tuduhan mencabul 12 budak lelaki di pusat meditasi miliknya di pekan warisan UNESCO, Bodh Gaya.

Menurut polis, Bhante Shanghpriya Sujoy ditahan di pekan yang menjadi tumpuan ribuan penganut agama Buddha itu selepas kesemua mangsa mengadu mereka dipukul, didera dan dipaksa menari dalam keadaan bogel.

Skandal itu adalah yang terbaru melanda institusi agama Buddha selepas penyingkiran bekas ketua sami di China susulan siasatan dalam kes serangan seksual.

Pegawai kanan polis di Bodh Gaya berkata, terdapat tuduhan serius dikenakan ke atas suspek yang mengambil kanak-kanak lelaki berusia antara 6 hingga 12 tahun dari keluarga miskin di pedalaman timur laut India.

“Kanak-kanak itu mengadu kepada penjaga masing-masing mengenai penderaan fizikal dan seksual yang dilakukan oleh ketua sami mereka.

“Kesemua mangsa menyatakan bahawa mereka dipukul dan didera secara seksual di sekolah. Mereka akan dikurung tanpa makanan serta minuman jika melawan,” kata pegawai itu yang enggan dikenali.

Bhante Shanghpriya ditahan Rabu lalu dan polis turut melancarkan siasatan ke atas dana digunakan bagi menggerakkan sekolah terbabit.

Sumber HM/gambar hiasan