Terkejut Bila Tahu Siapa Abang Polis Ni...

Terkejut Bila Tahu Siapa Abang Polis Ni... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut Bila Tahu Siapa Abang Polis Ni..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut Bila Tahu Siapa Abang Polis Ni...
Link Artikel/Video : Terkejut Bila Tahu Siapa Abang Polis Ni...

Baca juga


Terkejut Bila Tahu Siapa Abang Polis Ni...

SHAH ALAM: Bapa kepada pelakon popular, Fattah Amin antara pengundi awal yang turun mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Koperal Mohd Amin Musa, 51, yang bertugas di Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT), di Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) TTDI Jaya, di sini itu turun mengundi pada jam 8.30 pagi tadi.

Mohd Amin yang sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 32 tahun berkata, ini adalah kali pertama beliau mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Jika sebelum ini saya undi di Petaling Jaya, ini kali pertama saya undi di sini.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Pagi tadi saya datang ke sini untuk mengundi dan melakukan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Pengundian awal itu membabitkan keseluruhan seramai 2,770 pengundi termasuk 173 pegawai dan anggota polis yang mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putrajaya, 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.

Sumber BH