Warga emas dipenjara lakukan hubungan seks dengan bayi guna jari

Warga emas dipenjara lakukan hubungan seks dengan bayi guna jari - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Warga emas dipenjara lakukan hubungan seks dengan bayi guna jari, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Warga emas dipenjara lakukan hubungan seks dengan bayi guna jari
Link Artikel/Video : Warga emas dipenjara lakukan hubungan seks dengan bayi guna jari

Baca juga


Warga emas dipenjara lakukan hubungan seks dengan bayi guna jari

Tertuduh dikenakan hukuman berat berikutan telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap mangsa.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga emas dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dengan dua sebatan selepas mengaku salah terhadap pertuduhan melakukan perhubungan seks terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan menggunakan jari di Mahkamah Seksual Kanak-Kanak, Kompleks Istana Keadilan di sini hari ini.

Tertuduh, Hashim Karim yang berusia 68 tahun mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap bayi yang diasuh oleh menantunya di sebuah rumah teres terletak di Shah Alam, Selangor pada 20 Ogos lalu.

Hakim Muhammad Kamil Nizam membuat keputusan selepas mendengar hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin supaya mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh yang telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap mangsa.

“Kesalahan ini sangat serius apatah lagi ia berlaku pada seorang kanak-kanak berusia 11 bulan dan pakar sudah mengesahkan kecederaan kekal pada selaput dara mangsa yang seumpama cucu kepada tertuduh dan sepatutnya sebagai orang dewasa tertuduh menjaga kanak-kanak ini dengan baik.

“Pohon supaya hukuman berat dikenakan walaupun tertuduh sudah berusia 68 tahub namun hukuman sebatan masih boleh digunakan dalam kesalahan seksual dan ini adalah sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuan di hadapan hakim memberitahu, meminta supaya dikurangkan hukuman dia tidak selesa berada dalam lokap polis termasuk mengalami muntah dan masih mempunyai anak yang sedang bersekolah serta tidak bekerja.

Sumber - K! ONLINE