Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

'Kau ingat doktor sengaja suruh cairkan darah isteri kau?'


Suntikan heparin atau dikenali sebagai suntikan mencairkan darah diwajibkan ke atas wanita yang bersalin melalui pembedahan. Rata-rata wanita berasa gerun apabila mendengar suntikan ini apatah lagi suntikan ini ada yang mengatakan perlu dilakukan sendiri. Difahamkan, suntikan ini dikenakan kepada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan semasa tahun 2015 lagi.

Jika suntikan ini tidak diambil, kesan sampingan akan terjadi kepada ibu tersebut sehingga membawa kepada kematian. Tetapi, suntikan ini seperti dipandang remeh oleh seorang suami yang dikatakan mengamuk apabila tidak mahu menghantar isterinya untuk mendapatkan suntikan ini. 

Kheyr Hameed melalui statusnya di Facebook, menyelar tindakan suami seperti ini dan menganggap lelaki tersebut tidak prihatin dengan kesihatan isterinya.

MADAM dapat kes suami mengamuk tak nak hantar isteri untuk suntikan cairkan darah di hospital. Isteri baru bersalin beberapa hari secara c-sec dan diarahkan doktor untuk suntikan. Apa masalah nak mengamuk pun tak faham. Rasanya lelaki Melayu ni memang sinonim dengan amuk agaknya.
Wahai para suami terutama yang isterinya bersalin secara c-sec, ketahuilah bahawa setiap tahun di Malaysia, ada 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism). Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 orang disebabkan pulmonary embolism. Risiko kematian ibu Melayu lebih tinggi berbanding ibu lain.

Kadar kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism ialah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah.

Pertama sekali, semua ibu dan ayah patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat dalam saluran darah ibu hamil, sebab hormon ibu hamil akan merangsangkan badan menghasilkan lebih protein yang memekatkan darah. Tujuan memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah berlebihan selepas bersalin.

Kepekatan darah inilah punca kenapa risiko ibu hamil mendapat darah beku jadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita tidak hamil. Selepas bersalin, kepekatan darah masih tinggi pada 6 minggu berpantang.

Masalah mendapat pembekuan darah ini 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin apabila dibandingkan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah jadi lebih pekat. Risiko paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.

Jadi, jangan ingat lepas je isteri uols meneran atau c-sec keluar baby, semua dah okey. Tolonglah ye alert hal-hal kesihatan post natal isteri. Bukan sahaja fizikal mereka tetapi juga emosi dan mental. 

Kau ingat doktor sengaja suruh cairkan darah macam tu kalau tak demi kesihatan? Akai ada ka??? Sukati kau je nak meroyan. Untung dapat isteri baik. Kalau dapat yang jenis geng setan, dah lama kau makan nasi kangkang sebab kuat meroyan.

'Lepas ayah setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik, baru nak tinggalkan ayah di rumah orang tua'


Ayah dan ibu, itulah permulaan anak-anak kepada titik tolak kejayaan pada hari ini. Kejayaan kita pada hari ini bukan hanya kerana usaha kita semata-mata, tetapi doa dan restu yang telah diberikan oleh mereka. Tanpa kita sedari, segala kudrat dan usaha telah mereka korbankan untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira penat dan lelah.

Benar kata orang, seorang ibu atau ayah boleh menjaga anaknya yang ramai, tetapi bilangan anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibu dan ayahnya.

Satu perkongsian sedih mengenai kisah panggilan dari seorang anak yang boleh disifatkan sebagai anak derhaka meruntun hati netizen. Wanita tersebut mahu meninggalkan bapanya di rumah penjagaan orang tua kerana tidak mampu menjaga bapanya. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut akan menghantar bapanya ke pusat penjagaan tersebut setelah bapanya selesai menukar nama tanah!

SORRY BUT I MUST SHARE THIS

Kebabian hari Isnin. Sorry again tak sopan.

I don't normally pick up calls from unknown number. But I got 4 missed calls this morning at 6.30 am my time. 7.30 am Malaysian time. I called the number when I'm on my way to work. Kot-kot lah ada emergency apa dia ka.

Me: "Hello Assalamualaikum. Saya ***, ada sesiapa call nombor saya tadi?"

Her: "Nombor cik ** ka ni?"

Me: "Ya betul saya. Ni siapa ya?"

Her: "Sorry sorry tadi call lupa tengok time tu yang tak call dah. (4 kali kot dia call huhuhu)"

Me: "Takpa, ni siapa dan ada apa saya boleh bantu ka?"

Her: "Kak *** tanya sikit ja macam mana proses nak masuk kan dalam rumah orang tua?"

Me: "Owh yang tu akak kena pergi terus ke rumah orang tua yang akak nak berurusan tu dan minta jumpa dengan pegawai di sana. Biasanya waktu kerja 8.30 am-4.30 pm. Semua rumah orang tua tak sama prosedurnya."
Her: "Akak nak hantar yang gomen punya tu. So kalau akak nak masuk kan orang tua bawa terus pergi sana dan tinggal ke?"

Me: "Tak boleh. Kena mohon dulu. Saya cadangkan akak pergi sana terus, minta jumpa pegawai dan dapatkan maklumat lengkap supaya mudahkan urusan. Saya pun tak pasti proses yang betul sebab saya tak kerja di rumah orang tua."

Her: "Macam ni akak nak masuk kan ayah akak. Dah tua 77 tahun. Akak ingat tanya cik ** dulu senang nanti kalau tau boleh hantar terus kat situ. Tapi akak tanya dulu bukan nak hantar lagi, tengah tunggu ayah akak setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik dulu baru nak tinggal dia kat sana."

Me: "Owh akak berapa beradik semua?"

Her: "8 orang je (JE??)"

Me: "Hampir semua rumah orang tua yang saya berurusan penghuni dah penuh sangat tau akak. Rasanya susah juga mereka nak terima penghuni baru yang masih ada keluarga dan anak-anak. Boleh tak kalau saya cadang akak dan adik beradik yang jaga ayah akak dulu?"

Her: "Susah cik ** ayah akak tu dah tua. Memang boleh buat semua sendiri tapi susah la. Kami semua masing-masing kerja dan dah kahwin.

"Macam akak nak kena jaga suami dan anak-anak. Mana ada masa nak tengok ayah. Yang lain pun sama. Teruk jugak kalau tiap bulan nak balik kampung jenguk. Kalau tinggal kat rumah orang tua senang. Sana ada orang jaga bagi makan kan? Free ke cik **?"

Me: "Maaf akak, nanti akak boleh terus ke sana ya untuk dapatkan maklumat. Bye, Assalamualaikum."

Sorry, saya alergik dengan bab-bab ini. Anak 8 orang. Sebulan sekali balik kampung kalau gilir seorang cuma perlu balik 8 bulan sekali. Kenapa kena guna perkataan 'TINGGAL' kat rumah orang tua? THAT IS YOUR FATHER. Aku type post ni pun aku tereyak. And paling sedih bila dia cakap ayat ni, 

“Lepas tukar nama tanah kat kami adik beradik.”

SAMPAI HATI!!!

Wahai semua kawan-kawan, bersiap sedia untuk hari tua kamu ya. Kita pun tak tahu bagaimana nasib kita nanti. Sekarang memang gagah perkasa, bekerja, berduit, berharta, segak cantik hensem. Boleh kencing berak sendiri. Esok esok?

The kind of CRAZINESS I have to go through on daily basis. Ya Allah permudahkan lah urusan kami semua.

(Video) Cucuh api, ugut gunting kemaluan

KANAK-KANAK berusia lapan tahun dikenakan hukuman tidak masuk akal oleh dua petugas pusat jagaan kanak-kanak di Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, dekat Kuantan, malam tadi.

Dua petugas itu dikatakan mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 7 malam dan disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dipukul tanpa belas kasihan kerana melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dua petugas pusat jagaan itu sudah menghubungi bapa mangsa selepas menyedari video berkenaan sudah viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

"Mereka sudah hubungi bapa kanak-kanak itu dan memaklumkan tindakan merotan mangsa dibuat sebagai proses pembelajaran, bukan untuk mendera.

"Siasatan awal kami mendapati, mangsa adalah anak tunggal dan sebelum ini bersekolah di sekolah kebangsaan, bagaimanapun dihantar ke sini oleh bapanya selepas didapati tidak begitu berminat untuk belajar.

"Kami merampas rotan berukuran 58 sentimeter dan satu gunting rambut yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Mohamad Noor berkata, beliau juga sudah meninjau pusat jagaan itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur penderaan cuba dilakukan terhadap mangsa.

Katanya, dua petugas pusat berkenaan yang berusia 42 dan 43 tahun ditahan jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan pada bahagian punggung.

"Dua petugas pusat jagaan itu direman selama dua minggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Sumber BH

Video yang viral:

Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…



isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk, Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer…dia menangis…24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..

Lepas tu saya rasa bersalah.

Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah…kasihan anak-anak..

Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya…

Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.

Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..

Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..

Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..

Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..

Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu but kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.

Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..

Baca denga cinta dan sayang..



Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..



Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.

Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama…

– ebit lew
Sumber BM

Doktor kongsi ilmu, tapi dituduh selebriti ‘menggelupur’ cari publisiti murahan

Jika dahulu, pesakit perlu ke klinik sebelum boleh bercakap dengan seorang doktor.

Kini, dengan kemajuan teknologi, golongan doktor semakin mudah didekati lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri yang gemar berkongsi ilmu kepada pembaca menerusi media sosial masing-masing.

Namun, tidak semua orang suka apa yang doktor masa kini lakukan. Begitu juga dengan pengetahuan yang dicurahkan oleh golongan profesional seperti mereka.

Selain, didakwa sengaja ingin mengacau periuk nasi golongan pengasas produk dan tidak mahu melihat orang Melayu maju, para doktor dilemparkan tuduhan ingin mendapatkan publisiti murahan melalui media sosial.

Terkini, seorang selebriti wanita mengecam tindakan segelintir doktor yang berperang melawan mitos dan penggunaan produk yang melanggar tuntutan perubatan yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa ingin menjatuhkan perniagaannya.

"Dia (doktor) yang Melayu je akan menggelupur nak publisiti murahan.

"Tiada pun aku nampak doktor Cina, India menggelupur nak publisiti murahan di Instagram dan Facebook.

"Doktor-doktor ini semua berlumba-lumba nak popular sahaja. Kamu (doktor) mahu jadi artis ke nak jadi doktor? Semualah kamu nak sapu," tulis selebriti tersebut.

Jelas seorang doktor yang memiliki seramai 141,399 pengikut di Facebook dan aktif berkongsi tentang ilmu perubatan di akaunnya, Dr Rusyainie Ramli, para doktor berkongsi ilmu atas sifat tanggungjawab dalam diri untuk membantu netizen menjadi lebih bijak.

Kata pegawai perubatan kanan Angkatan Tentera Malaysia itu, wang di dalam poketnya juga tidak bertambah biarpun jumlah pengikut bertambah sekiranya benar populariti yang ingin dicari oleh doktor sepertinya.

Dr Rusyainie.
 
"Daripada cerita tentang perihal peribadi, lebih baik kami (doktor) beri pandangan tentang isu-isu tular berkaitan penyakit dan perubatan kepada pengguna.

"Tapi kami tidak melakukan khidmat nasihat secara 'online', pesakit tetap kena jumpa doktor untuk dapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dr Rusyainie ketika mengulas mengenai dakwaan selebriti terbabit bahawa doktor bukan Melayu tidak mencari publisiti di media sosial berkata, pembaca Melayu tidak tahu sama ada doktor tersebut melakukan perkara sama kerana mereka tidak berada dalam kelompok pembaca bahasa Mandarin atau Tamil.

Jelasnya, tiada istilah diskriminasi dilancarkan ke atas pengasas produk yang datang daripada kalangan orang Melayu tetapi golongan doktor hanya ingin mendidik masyarakat.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Anis Remli berkata: "Mereka ni pasal apa? Ajak masyarakat 'berperang' dengan pegawai perubatan ke?

"Biasa tak pergi hospital atau wad tengok macam mana doktor dan jururawat bertugas. Aduh, sedih betul," katanya.

Sumber MS

'Eh? Maggi adik ni ketam besar, ado udang, total RM120' - Pelanggan dakwa diperdaya peniaga cekik darah


"Tanya harga dulu sebelum order makan" itulah pesanan yang seringkali dinasihatkan kepada orang ramai bagi mengelakkan diperdaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Meskipun mengakui kesilapan diri, namun pengadu tidak menyangka peniaga ini sanggup memperdayakannya. 

Menurut bapanya, peniaga di tempat itu memang selalu menipu pelanggan agar mangsa membuat pesanan menu makanan yang mahal-mahal. 

CERITA sedih hari ini tentang Maggi Ketam di PCB. Asalnya tak nak rant tapi begitu sadis aku rasa nak bebel. 

Rumah aku dekat 10 minit drive je dengan PCB. So hari ini aku jalan kaki sajalah memandangkan jalan sesak teruk di musim cuti raya haji ini. Lepak jap, tiba-tiba rasa lapar. Aku pesanlah Maggi Tomyam. Tetapi kedai biasa yang aku pergi itu, tutup pula. So pergilah ke kedai yang kitorang tak pernah pergi. 

Makcik itu cakap, "Dik, kedai ni takdok air, jadi payoh nak masak megi tomyam.". 

Kemudian di offer nak pergi tanya kedai sebelah, siap tanya kedai adik dia lagi kalau boleh masak order kitorang. Aku macam, respectlah, baik betul dia. 

Tapi dia cakap tak boleh, semua kedai tak boleh masak Maggi Tomyam. 
"Ginilah, adik order Maggi Ketam lah, mudoh. Kuah ado belako doh." katanya. 

Aku angguk sajalah sebab dah macam susah sangat kan. Tunggu dalam setengah jam (kata kejap!), Maggi sampai. Alhamdulillah sedaplah. 

Kakak aku hulur RM50 suruh bayarkan. Makcik itu datnaglah, siap bawa kertas A4 bhai nak kira. 

"Okey. Air adik ni air kepala deh. Okey, semua RM11 ya deh," katanya dan aku angguk saja. 

"Eh? Maggi adik ni ketam besar deh. Oh, ado udang (acah terkejut). Kalau udang harga lain deh," katanya. 

Aku jadi pelik, kenapa detail semacam dia explain ni? Panjang dia tulis-tulis sambil sengih-sengih. 

"Okey, total RM120 ya dik," katanya. 

Aku tengok kakak aku, kakak aku tengok aku. Aku tengok RM50 sekeping di tangan. So korek-korek poketlah kitorang cari lagi RM70. 

Wei otak dia wei RM36 (dia cakap sepatutnya RM38) untuk semangkuk Maggi Ketam tu wei! Lagi bodoh rasa bila dia cakap dia tak boleh masak Maggi Tomyam (standard RM7), pastu offer Maggi Ketam. 

Speechless aku. Kalau ye pun nak sembelih, aku bukan tourist doh. Rumah aku ke kedai ni jalan kaki je pun. 

Balik itu ayah aku cakap memang diorang selalu menipu supaya orang order benda yang mahal. 

Jadi pengajarannya, tanyalah harga dulu sebelum order. Tambah-tambah makan di PCB tu. Aku standard makan lepak dengan member 2-3 orang makan-makan tak pernah lebih RM50 pun. Sekian. 

Lebam di mata dan badan, pengasuh kata bayi dibaling dengan 'toys'


"Jangan jadi pengasuh kalau kau cuai atau kau jenis ambil mudah. Ke kau gila?" demikian tulis Adiba Fazala yang berkongsi kejadian yang menimpa anak kecilnya baru-baru ini.

Menurut Adiba, terdapat kesan-kesan lebam di mata dan belakang badan bayinya selepas diambil dari pengasuh. Bimbang dengan keadaan itu, Adiba kemudian membawa anaknya ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Putrajaya. 

Difahamkan, pengasuh mendakwa kesan lebam itu berlaku kerana dibaling dengan alat permainan oleh abang kepada kanak-kanak itu sendiri. Namun, pemeriksaan doktor pula mengesyaki bayi itu didera.


"Pada 2 Ogos, hari yang paling sedih untuk keluarga saya dan hanya Allah yang tahu. Anak balik dengan kesan lebam di belakang badan dan mata. 

"Kau cakap Abang Hud baling toys pada Lut. Sampai rumah, bila check belakang Lut, saya tengok ada kesan lebam teruk. Tak sedap hati dengan melalak-lalak itu, saya bawa Lut pergi check di klinik area Putra Perdana. 

"Doktor check sekejap then terus bagi surat kena rujuk di Hospital Putrajaya sebab ada tanda seperti didera. 

"Sampai di hospital, jururawat call polis untuk datang dan kami kena buat laporan polis, kemudian baru boleh buat pemeriksaan terperinci. 


"Selesai berurusan dengan polis, doktor obstetrik dan ginekologi datang untuk periksa. Kemudian paediatrician pula datang dan hasilnya, doktor cakap bukan dari kesan terkena balingan toys dan kemungkinan Lut kena dera adalah sangat tinggi," tulisnya.

Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan stabil tetapi masih perlu dipantau selama beberapa hari. 

Bagi Adiba, dia bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun dalam masa yang sama meminta ibu bapa berhati-hati memilih pengasuh. 

"Didera atau tak, itu hanya Allah yang tahu. Yang penting selepas Lut diperiksa, saya tahu organ dalaman dia okay dan tulang belakang dia pun okay. Tetapi masih perlu dipantau untuk beberapa hari kerana bimbang jika ada apa-apa yang tidak kena, perlu terus datang ke hospital semula. 

"Alhamdulillah Baby Lut is doing fine now, itu yang penting bagi saya. Bagi yang nak mencari pengasuh, berhati-hatilah terutama yang duduk di area Pulau Meranti supaya apa yang terjadi pada Baby Lut tidak terjadi pada anak-anak yang lain. 

"Cakap ada CCTV dan berdaftar dengan JKM pun belum tentu selamat. Macam kes Baby Lut ini, bila jadi kes, CCTV pun tak bagi tengok. Lebih sedih, boleh cakap parent's lain tak kisah dengan kesan-kesan lebam seperti itu. Seolah-olah it's okay for kid's to have those bruises. Sebab itu bila dah jadi kes begini pun dia masih mengasuh seperti biasa," tulisnya.


Adiba berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan kerana dia juga memahami pengasuh yang juga seorang ibu punyai anak-anak kecil lagi. Namun tidak akan pernah melupakan apa yang berlaku pada anaknya. 

"Saya pilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap dia sebab dia pun seorang ibu. Saya risau kalau saya ambil tindakan, apa yang akan terjadi pada anak-anak dia? Kesian pada anak dia nanti. 

"Tetapi apa yang dia buat pada anak saya, takkan sekalipun saya lupa. Tak apa, dia pun ada anak, ingat kifarah dari Allah ada. Biar Allah saja yang membalasnya. 

"Dah cuba tak nak mengaibkan sesiapa tetapi saya rasa tanggungjawab saya tak lepas kalau saya tak kongsikan tentang kecuaian pengasuh ini supaya tidak berlaku pada anak orang lain." tulisnya.

Sumber TR