Rakan sepejabat dedah punca sebenar wanita tertinggal anaknya dalam kereta sehingga meninggal dunia

Rakan sepejabat dedah punca sebenar wanita tertinggal anaknya dalam kereta sehingga meninggal dunia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rakan sepejabat dedah punca sebenar wanita tertinggal anaknya dalam kereta sehingga meninggal dunia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rakan sepejabat dedah punca sebenar wanita tertinggal anaknya dalam kereta sehingga meninggal dunia
Link Artikel/Video : Rakan sepejabat dedah punca sebenar wanita tertinggal anaknya dalam kereta sehingga meninggal dunia

Baca juga


Rakan sepejabat dedah punca sebenar wanita tertinggal anaknya dalam kereta sehingga meninggal dunia

Semalam, seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat sesak nafas selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya, Hasmah Masroh yang berusia 32 tahun.

Kejadian yang berlaku di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson itu terjadi apabila ibunya yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa anaknya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan bersama ke tempat kerja.

Hasmah turut memberitahu rakannya, pagi tadi beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta PROTON Saga miliknya.

Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anak yang dibawa bersamanya.

“Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa.. ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” rintihnya.

Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang memberikan semangat kepadanya turut mengalirkan air mata di perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD).

Sementara itu, rakan Hasmah yang enggan dikenali berkata, rutin harian Hasmah yang juga tenaga pengajar di kolej berkenaan ialah menghantar anak sulungnya berusia lima tahun ke tadika di pekan Port Dickson sebelum menghantar mangsa ke rumah pengasuh di Kampung Paya, sebelum memulakan tugas.

Beliau berkata, Hasmah mungkin tertekan dengan lambakan kerja dan mereka turut menerima lawatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini.

Suami Hasmah, Muhammad Ali Riduan, 30-an pula berkata, beliau mengetahui kejadian jam 1.30 tengah hari itu selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban namun redha dengan ketentuan Ilahi.

Sumber OMM