Kes Dadah: Uqasha Bebas, Tetapi...

Kes Dadah: Uqasha Bebas, Tetapi... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kes Dadah: Uqasha Bebas, Tetapi..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kes Dadah: Uqasha Bebas, Tetapi...
Link Artikel/Video : Kes Dadah: Uqasha Bebas, Tetapi...

Baca juga


Kes Dadah: Uqasha Bebas, Tetapi...

Pelakon Uqasha Senrose yang ditahan selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5, tengahari tadi, dibebaskan dengan jaminan polis, malam ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, ia selepas pihaknya selesai melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau ketika mengesahkan penahanan artis terbabit berkata, pelakon berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Sumber berkata, dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi.

"Pelakon yang juga kakak dua pelakon wanita yang kerap membintangi drama didakwa memandu pacuan empat roda model Range Rover sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan itu.

“Anggota polis Unit Peronda MPV Balai Polis TTDI kemudian segera ke lokasi kejadian sebelum menemui seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa langgar itu,” katanya.

Menurutnya, pelakon wanita yang masih bujang itu kemudian dibawa ke balai polis itu untuk pemeriksaan.

Katanya, anggota polis wanita membuat pemeriksaan pada tubuh dan beg tangan milik pelakon terbabit sebelum menemui enam keping bungkusan aluminium berisi 53 pil dadah Erimin 5 dianggarkan seberat lebih 14 gram dalam beg tangan miliknya.

“Semua dadah itu dianggarkan lebih RM600 mengikut harga pasaran.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon wanita itu didapati negatif dadah,” katanya.

Sumber