Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa

Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa
Link Artikel/Video : Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa

Baca juga


Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa


Seorang murid perempuan bersama dengan tiga lagi rakannya dari Riau, Indonesia, secara tidak sengaja termakan pil ekstasi yang dipercayai milik bapanya, berusia 46 tahun, yang hanya dikenali sebagai 'HR'. 

Difahamkan, pil itu ditemui oleh adiknya berusia dua tahun dalam kereta ibu bapa mereka, sebelum diserahkan kepada kakaknya. 
"Kanak-kanak itu menyangka pil yang ditemui dalam kereta ibu bapanya itu adalah gula-gula. Lalu dipotong dan diberi kepada rakan-rakannya untuk dinikmati bersama," kata jurucakap Polis Riau, Sunarto.

Keempat-empat mereka menelan pil tersebut, namun salah seorang daripada mereka segera meludah keluar pil itu kerana rasanya yang pahit. 

Tidak lama selepas itu, tiga daripada mereka mula berasa pening kepala sebelum dikejarkan ke hospital. Keadaan mereka dilaporkan stabil selepas menerima rawatan. 

Suspek, 'HR', kemudian ditahan dan didakwa atas penyalahgunaan dadah selepas uspek mengaku pil ekstasi itu adalah miliknya. 

Polis juga akan mendakwa suspek atas kecuaian dalam menjaga anak kerana menyebabkan nyawa mangsa dalam bahaya.

Sumber TR