Mana mau lari?

Mana mau lari? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mana mau lari?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mana mau lari?
Link Artikel/Video : Mana mau lari?

Baca juga


Mana mau lari?

POLIS kini giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Selandar, jasin, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata suspek dipercayai terbabit dalam dua kejadian pecah rumah di kawasan itu pada 6 September selepas kegiatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata, dalam kejadian pertama, seorang peniaga kerugian kira-kira RM600 selepas rumahnya di Taman Jus Permai dipecah masuk melalui tingkap bahagian belakang.

“Kejadian hanya disedari lelaki berusia 54 tahun itu selepas pulang ke rumahnya pada 4.30 pagi apabila mendapati tingkap belakang sudah terkopak.

“Sebaik memasuki rumah, mangsa mendapati ruang tamu dan tiga bilik tidur dalam keadaan berselerak, selain wangnya berjumlah RM600 turut lesap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arshad berkata, dalam kejadian berasingan berhampiran lokasi kejadian pertama, suspek sama dipercayai turut cuba masuk ke rumah lain, namun gagal.

Beliau berkata, tindakan lelaki yang memakai sarung kepala itu berjaya dirakam CCTV di rumah berkenaan.

Katanya, sehubungan itu, polis kini memburu lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber HM