Lama Berdiam, Akhirnya DS Najib BIDAS Kerajaan Pakatan Harapan!

Lama Berdiam, Akhirnya DS Najib BIDAS Kerajaan Pakatan Harapan! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lama Berdiam, Akhirnya DS Najib BIDAS Kerajaan Pakatan Harapan!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lama Berdiam, Akhirnya DS Najib BIDAS Kerajaan Pakatan Harapan!
Link Artikel/Video : Lama Berdiam, Akhirnya DS Najib BIDAS Kerajaan Pakatan Harapan!

Baca juga


Lama Berdiam, Akhirnya DS Najib BIDAS Kerajaan Pakatan Harapan!


Bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menjaga kepentingan negara dan tidak meletakkan kesalahan kepada dirinya. 

Beliau berkata, PH tidak boleh membuat dakwaan sebagaimana berada di kerusi pembangkang kerana kenyataan mereka boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara. 

"Mungkin fitnah dan meletakkan kesalahan kepada saya akan memberi persepsi terhadap kedudukan kewangan yang buruk membolehkan mereka tidak menunaikan janji dalam manifesto dan mengurangkan penjawat awam. 
"Mereka harus ingat, rakyat dan negara perlu didahulukan. Mereka boleh beri kenyataan mengelirukan tentang 1MDB atua menceritakan separuh benar untuk menyalahkan saya. Tetapi masa untuk bermain politik sudah tamat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya lewat malam tadi bagi menjawab tohmahan pemimpin PH.

Dalam kenyataan itu juga, Najib mendakwa kerajaan tidak berkata benar mendakwa hutang kerajaan kini 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM1 trilion. Kenyataan itu katanya akan membimbangkan pasaran kewangan dan menarik perhatian agensi penarafan dan menggocang keyakinan pelabur. 

Selain itu, ia juga memberi kesan kepada Indeks Komposit Kuala Lumpur serta dana seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Kejatuhan itu menyebabkan hutang negara semakin meningkat pada kadar RM10 bilion setahun dan mungkin menyebabkan bank yang meminjam dari pasaran antarabangsa berdepan kerugian.

“Ia juga mungkin menyebabkan modal besar mengalir keluar daripada pelabur asing dan menyebabkan ringgit semakin lemah,” katanya.