'Tengoklah kehidupan susah mereka' - 7 beradik hidup sehelai sepinggang ditinggalkan ibu bapa

'Tengoklah kehidupan susah mereka' - 7 beradik hidup sehelai sepinggang ditinggalkan ibu bapa - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Tengoklah kehidupan susah mereka' - 7 beradik hidup sehelai sepinggang ditinggalkan ibu bapa, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Masyarakat, Info Media Sosial, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Tengoklah kehidupan susah mereka' - 7 beradik hidup sehelai sepinggang ditinggalkan ibu bapa
Link Artikel/Video : 'Tengoklah kehidupan susah mereka' - 7 beradik hidup sehelai sepinggang ditinggalkan ibu bapa

Baca juga


'Tengoklah kehidupan susah mereka' - 7 beradik hidup sehelai sepinggang ditinggalkan ibu bapa


Viral di media sosial beberapa gambar tujuh beradik yang hidup dalam keadaan serba kekurangan selepas ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Shahanim Mohammad Yusoff itu berkata, anak sulung berumur 17 tahun yang terpaksa berkorban menjaga semua adik beradiknya sehingga terpaksa tidak hadir ke sekolah. 

KELMARIN saya dapat perkhabaran bahawa tujuh beradik ditinggalkan mak dan ayah. Mak tak balik dah enam bulan, manakala ayah dah tiga minggu. 

Adik-adik ini berumur dari usia 15, 13, 11, 9, 4 dan 3 tahun. Si abang berumur 17 tahun yang bakal menghadapi SPM tahun ini mengambil tanggungjawab menjaga adik-beradiknya. Si abang banyak berkorban tak pergi sekolah untuk menjaga adik-beradik yang masih kecil. 

Saya difahamkan anak-anak ini duduk di rumah sewa RM300 sebulan. Dah berapa bulan tak bayar.

Saya tidak mahu menyentuh atau memberikan komen mengenai ibu bapa mereka. Cuma harapan saya agar ada insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan makanan atau baju raya. Mai kita pakat-pakat kongsi pahala. 

Adik saya yang menwakili saya pun call tadi, sebak juga. Terima kasih Shahanum Mohamad Yusoff. 

Tengok kehidupan susah mereka, makanan apa pun tak ada. Andai ada sebungkus roti pun, pasti buat anak-anak ini terhibur. 








Alamat:

No. 23 Taman Kampung Raja
Sungai Petani, Kedah

Rumah mereka berdekatan dengan Masjid Kampung Raja. Semoga Allah memberkati kita semua. Untuk menghulurkan bantuan kepada tujuh beradik ini, sila hubungi abang sulung mereka yang bernama Shahril di talian 019-5251762, Sama-sama kita ikhlas membantu. 

Sementara itu, Pusat Zakat Daerah Kuala Muda (PZDKM) telah membuat lawatan ke rumah tujuh beradik berkenaan semalam mendapati, lima daripadanya masih bersekolah dan dua lagi adik mereka masih kecil. 

"Mereka adalah anak dari isteri kedua. Ibu mereka berada dalam tahanan Penjara Pokok Sena atas kesalahan memiliki dadah. Ibu mereka sudah ditahan lima bulan dan menurut maklumat dari pihak penjara, ibu mereka berkemungkinan akan dibebaskan pada bulan September ini. 

"Ayah mereka tidak pernah balik sejak tiga minggu yang lalu untuk menguruskan mereka tujuh beradik. 
  • 17 dan 15 tahun - Sekolah Menengah Khair Johari
  • 11 dan 9 tahun - Sekolah Kebangsaan Sungai Petani (SKSP)
  • 13 tahun - Sekolah Dato Bijaya Setia
  • 3 dan 4 tahun - Masih kecil

"Selama ini, keluarga kecil itu disara oleh abang sulung mereka yang berumur 17 tahun. Selepas bersekolah, abang mereka akan bekerja di sebuah kafe pada waktu malam, tetapi telah berhenti. Sekarang abang sulung mereka bekerja mengambil upah membasuh pinggan di Masjid Kampung Raja pada waktu berbuka puasa. Adiknya yang berumur 15 tahun bekerja menjaga parkir di Masjid Kampung Raja. 

"Abang merekalah yang memberi duit belanja kepada adik beradik lain. Mereka hanya ada sebuah motosikal sahaja yang digunakan oleh abang sulung mereka. Adik beradik lain pergi sekolah hanya dengan berjalan kaki sahaja," kata sumber. 

Lawatan pihak PZDKM itu turut disertai pelbagai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AJK Masjid  Kampung Raja, NGO (Ustaz Kamaruddin) dan guru-guru sekolah. 

"Berdasarkan perbincangan yang diadakan, kemungkinan akan diadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah tersebut pada hari cuti wesak. Selain itu antara inisiatif lain adalah untuk mencari rumah sewa untuk tujuh beradik berkenaan dan sewa akan ditanggung oleh pihak tertentu. 

"Pihak PZDKM juga telah memberi sedikit bantuan bagi mengurangkan bebanan tujuh beradik itu," kata sumber.

Sumber TR