Lori langgar 15 kenderaan, polis terpaksa lepaskan tembakan

Lori langgar 15 kenderaan, polis terpaksa lepaskan tembakan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lori langgar 15 kenderaan, polis terpaksa lepaskan tembakan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lori langgar 15 kenderaan, polis terpaksa lepaskan tembakan
Link Artikel/Video : Lori langgar 15 kenderaan, polis terpaksa lepaskan tembakan

Baca juga


Lori langgar 15 kenderaan, polis terpaksa lepaskan tembakan


PETALING JAYA - Gara-gara membawa muatan batu berlebihan, seorang pemandu lori bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum melanggar 15 kenderaan yang diletakkan di kawasan sebuah flat di USJ 1 di Subang Jaya di sini.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari, pihak polis juga terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dari arah Batu 9, Kajang bagi tujuan memberhentikan kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang cuba mengejar lori berkenaan, namun pemandu itu memecut kenderaannya dari Kajang hingga ke USJ 1.

“Kita menerima panggilan bantuan dari polis Kajang sebelum sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda Polis dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Subang Jaya bergegas ke lokasi.

“Anggota MPV bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori terbabit, selepas pemandunya enggan memberhentikan kenderaan itu. Bagaimanapun pemandu tersebut terus memecut lorinya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Azlin berkata, tindakan melulu pemandu lori terbabit yang terus memecut, menyebabkan dia hilang kawalan sebelum melanggar 15 kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan flat berkenaan.

“Orang awam yang melihat kejadian bertindak menahan dan membelasah suspek sebelum menyerahkan kepada pihak polis.

“Anggota MPV yang tiba di lokasi kejadian kemudian menahan suspek untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Azlin meminta orang ramai tidak mengeluarkan sebarang komen negatif kerana kejadian itu tidak berkaitan politik.

Terdahulu, satu video berdurasi 37 saat yang menunjukkan sebuah lori meletakkan bendera sebuah parti politik dikejar pihak polis menjadi viral di media sosial.

Orang ramai, mengeluarkan pelbagai komen di Facebook selepas melihat klip video berkenaan yang menunjukkan lori itu masih memecut laju walaupun pihak polis telah melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan berat tersebut. - K! ONLINE