Tajuk : Luahan sayu Akim buat Ibu tercinta ini pasti menitiskan air mata anda...
Link Artikel/Video : Luahan sayu Akim buat Ibu tercinta ini pasti menitiskan air mata anda...
Luahan sayu Akim buat Ibu tercinta ini pasti menitiskan air mata anda...
"SATU hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya," luah penyanyi Akim Ahmad selepas pemergian ibu tercinta, Aminah Bahari, 52, kelmarin.
Akim yang juga vokalis Akim & The Majistret menerusi laman Instagram miliknya berkongsi perasaan dilalui kini dengan memuat naik foto bersama arwah ibu ketika mengerjakan umrah beberapa tahun lalu.
"Di suatu hari kita pasti akan bertentangan, di suatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, di suatu hari kita pasti akan berpelukan, di suatu hari kita pasti akan bercumbuan, di suatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama.
"Abang yakin satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya," tulisnya.
Sehari sebelum ibunya meninggal dunia, Akim turut memuat naik status yang mengharapkan doa daripada rakan dan pengikut di laman sosial.
"Salam Jumaat, mohon Jumaat penghulu segala hari, dapatlah doakan kesihatan ibu saya Puan Aminah Bte Bahari.
"Terima kasih untuk doa anda semua. Dipanjatkanlah, doa saya untuk kesihatan kalian juga," katanya.
Terdahulu akhbar ini melaporkan, ibu Akim disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang akibat komplikasi buah pinggang.
Sumber HM