Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB

Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB
Link Artikel/Video : Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB

Baca juga


Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said membuat laporan terhadap 1MDB di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber SPRM, ADUN Kijal itu kini sedang memberi keterangan dan dijangka membuat sidang media tengah hari nanti.

Tiga tahun lalu, Ahmad mendedahkan pendahulu 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), cuba menggunakan aset minyak Terengganu sebagai cagaran pada 2008.

Setahun kemudian, kerajaan pusat mengambil alih TIA dan menukar namanya kepada 1MDB.

Beliau mendedahkan ekoran pelbagai masalah, pentadbiran negeri pimpinannya menarik diri daripada TIA dan mencetuskan kemarahan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, Terengganu tidak menanggung apa-apa kerugian dan berjaya mendapatkan semula modalnya berjumlah RM1 juta.

Ahmad disingkirkan daripada jawatan itu pada 2014. Beliau mengumumkan keluar Umno tetapi menarik balik keputusan itu.

Sumber MK