Identiti penumpang terakhir sudah dikenal pasti, rupa-rupanya....

Identiti penumpang terakhir sudah dikenal pasti, rupa-rupanya.... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Identiti penumpang terakhir sudah dikenal pasti, rupa-rupanya...., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Identiti penumpang terakhir sudah dikenal pasti, rupa-rupanya....
Link Artikel/Video : Identiti penumpang terakhir sudah dikenal pasti, rupa-rupanya....

Baca juga


Identiti penumpang terakhir sudah dikenal pasti, rupa-rupanya....

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang warga Myanmar bagi membantu siasatan kes pemandu Grab, Aiman Nosri yang ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher di Selayang dekat sini Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia lingkungan 20-an dan 30-an di sekitar Selayang pada pukul 1 pagi ini.

“Siasatan lanjut masih dilakukan dan kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai  menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.

Sementara itu, hasil bedah siasat terhadap mayat mendapati mangsa sesak nafas sebelum mati selain terdapat kesan melecet dipercayai dijerut namun punca kematiannya disebabkan sesak nafas kerana didakwa ditekup menggunakan baju-T miliknya.

Motif pembunuhan masih disiasat dan siasatan awal polis turut mendapati dompet dan telefon bimbit milik mangsa hilang dalam kejadian itu.

Kira-kira pukul 8.20 malam Sabtu lepas, Aiman, 27, ditemui mati dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher di dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur di sini.

Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru.

Sumber AA