Dr. Kuna dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM7 juta

Dr. Kuna dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM7 juta - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dr. Kuna dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM7 juta, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dr. Kuna dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM7 juta
Link Artikel/Video : Dr. Kuna dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM7 juta

Baca juga


Dr. Kuna dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM7 juta


SHAH ALAM - Bekas Pakar Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Dr R. Kunaseegaran, 55,  dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM7 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah berjumlah RM700,000, lima tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas tertuduh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Rozilah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman penjara masing-masing lima tahun serta denda RM3.5 juta dan hukuman diarahkan berjalan serentak daripada tarikh tangkap.

Rozilah turut memerintah tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, Kunaseegaran didakwa meminta rasuah berjumlah RM700,000 daripada Abdul Razar Abdullah, 48, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai upah mencadangkan RAZ Medical Supplies Sdn. Bhd., B&S Enterprise dan Caramed Global Sdn. Bhd. menjadi pembekal ubat serta perkakas perubatan di HATTM bagi tahun 2013.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 11.58 pagi, 29 Ogos 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh sebagai ejen kerajaan didakwa bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM700,000 daripada individu itu di depan Empire Shopping Gallery Subang Jaya, pada pukul 5.15 petang, 3 September 2013.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent.

Sumber - K! ONLINE