(Video) Perogol umpan budak 6 tahun keluar dari majlis kahwin sebelum rogol dan bunuh

(Video) Perogol umpan budak 6 tahun keluar dari majlis kahwin sebelum rogol dan bunuh - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (Video) Perogol umpan budak 6 tahun keluar dari majlis kahwin sebelum rogol dan bunuh, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (Video) Perogol umpan budak 6 tahun keluar dari majlis kahwin sebelum rogol dan bunuh
Link Artikel/Video : (Video) Perogol umpan budak 6 tahun keluar dari majlis kahwin sebelum rogol dan bunuh

Baca juga


(Video) Perogol umpan budak 6 tahun keluar dari majlis kahwin sebelum rogol dan bunuh


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki mengumpan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dengan barangan mengikutnya masuk ke lorong gelap sebelum merogol dan membunuh mangsa. 

Berdasarkan video tersebut, suspek melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.30 malam, Khamis lalu dan kedua-duanya dilihat berjalan bersebelahan sebelum mangsa cuba melarikan diri, namun datang semula selepas dipanggil oleh suspek. 


Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki itu kembali tanpa ditemani oleh mangsa. 

Difahamkan, mangsa datang ke bandar Gwalior di Madhya Pradesh dengan ibu bapanya untuk menghadiri masjlis perkahwinan sebelum diculik. 

Apabila ibu bapanya menyedari kehilangan mangsa dari majlis itu, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudian terus melancarkan gerakan mencari mangsa. 

"Mangsa sebelum itu tidur bersebelahan dengan keluarganya di masjlis itu, terjaga pada tengah malam kerana haus. Dia pergi mendapatkan air untuk diminum," memetik kenyataan pegawai polis kepada Hindustan Times

"Apabila dia tidak pulang ke pangkuan, keluarganya mula risau dan terus mencarinya, tetapi gagal menemui mangsa. 


Selepas beberapa jam usaha pencarian dijalankan, mayat mangsa ditemui dalam hutan di Gwalior, India, kira-kira 500 meter dari majlis perkahwinan itu. 

Menurut Daily Mail, pemeriksaan video rakaman CCTV membawa kepada penahanan suspek yang juga merupakan kakitangan katering yang diupah oleh keluarga pengantin. 

Ketika suspek sedang disoal siasat, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa telah diserang secara seksual dan mukanya turut mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dengan objek keras dipercayai batu besar. 



"Pasukan kami dengan bantuan pakar forensik datang memeriksa tempat kejadian dan jelas sekali menunjukkan mangsa telah diserang dengan ganas. Suspek memukul muka mangsa dengan batu besar, sekali gus membunuhnya," kata Pegawai Polis Senior, Superintendan Dharmraj Meena.

Sumber TR