Dr M: Saya sedia undur jika gagal

Dr M: Saya sedia undur jika gagal - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dr M: Saya sedia undur jika gagal, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dr M: Saya sedia undur jika gagal
Link Artikel/Video : Dr M: Saya sedia undur jika gagal

Baca juga


Dr M: Saya sedia undur jika gagal

Kerjaya politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merangkumi tempoh masa beberapa dekad, sering dipenuhi dengan pertelingkahan mahupun perbalahan.

Semasa 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum ini, bermula dari 1981 hingga 2003, beliau mempunyai empat timbalan menteri, termasuk ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada tahun 1998.

Berikutan persaraannya, Mahathir berperanan peranan penting dalam menumbangkan pengganti pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada usia 92 tahun, beliau kembali menyertai politik secara aktif dan menewaskan Datuk Seri Najib Razak, yang dicadangkannya sebagai pengganti kepada Abdullah pada tahun 2009.

Dalam satu wawancara dengan Channel News Asia, perdana menteri ketika menjawap satu soalan,  tidak menolak kemungkinan terjadi pertelingkahan antara beliau dan pemimpin Pakatan Harapan pada masa akan datang.

Dr Mahathir berkata beliau akan berundur jika dirinya tidak lagi mampu bekerjasama dengan pemimpin HARAPAN.

Namun, kata perdana menteri itu, pada masa lalu, beliau dapat bekerjasama termasuk dengan mereka yang menentangnya.

"Mungkin akan berlaku pertelingkahan antara saya dengan ramai, ramai orang, tetapi saya sentiasa mampu bertahan dan bekerja dengan mereka yang menentang saya.

"Saya di sana selama 22 tahun, ada ramai yang menentang saya tetapi saya berjaya, jadi jika saya tidak dapat bertahan, saya akan berundur," katanya.

Ditanya sama ada jika beliau boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa segalanya adalah lancar dalam Pakatan Harapan, Mahathir menjawab: "Ketika ini, saya mendapat sokongan padu daripada majoriti rakyat."

Sementara itu, Mahathir berkata pentadbirannya mempunyai pilihan untuk menambat semula ringgit atau "menukar mata wang", tetapi kedua-dua pilihan berkenaan perlu dikaji.

Mahathir melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1998 semasa Krisis Kewangan Asia dengan menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding dolar AS. Tambatan itu ditarik balik pada Julai 2005 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ini, ringgit didagangkan pada RM4.023 berbanding dolar AS.

Sumber MK

[Baca lagi berita penuh]