Gaji tukang masak warga asing mencecah RM7k sebulan!

Gaji tukang masak warga asing mencecah RM7k sebulan! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Gaji tukang masak warga asing mencecah RM7k sebulan!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Gaji tukang masak warga asing mencecah RM7k sebulan!
Link Artikel/Video : Gaji tukang masak warga asing mencecah RM7k sebulan!

Baca juga


Gaji tukang masak warga asing mencecah RM7k sebulan!

KUALA LUMPUR: Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan antara RM1,600 ke RM1,800.

Namun, Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tawaran itu tidak mendapat sambutan kerana kerjaya sebagai tukang masak di restoran India Muslim tidak popular dalam kalangan pekerja tempatan.

"Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

"Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah," katanya ketika sidang media di Wisma Primas, di sini, pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau turut bercadang supaya kerajaan dapat mencari jalan membekalkan pekerja tempatan untuk bekerja dengan industri restoran mereka selain mengadakan karnival kerjaya khas untuk industri restoran dan pemakanan.

Katanya, melalui karnival itu mungkin boleh melihat permintaan pekerja tempatan dalam bidang ini.

Sumber AA

[Baca lagi berita penuh]