Ajal menjemput kanak-kanak tiga tahun selepas 30 kali ditikam, kes di Kuala Lumpur...

Ajal menjemput kanak-kanak tiga tahun selepas 30 kali ditikam, kes di Kuala Lumpur... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ajal menjemput kanak-kanak tiga tahun selepas 30 kali ditikam, kes di Kuala Lumpur..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ajal menjemput kanak-kanak tiga tahun selepas 30 kali ditikam, kes di Kuala Lumpur...
Link Artikel/Video : Ajal menjemput kanak-kanak tiga tahun selepas 30 kali ditikam, kes di Kuala Lumpur...

Baca juga


Ajal menjemput kanak-kanak tiga tahun selepas 30 kali ditikam, kes di Kuala Lumpur...

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9 malam di sebuah rumah teres dua tingkat yang juga merupakan kediaman keluarga mangsa di Taman Kepong, di sini pada Isnin.

Kanak-kanak tersebut ditemui oleh neneknya di sebuah bilik stor di tingkat bawah dalam keadaan ditutupi kain putih dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya menerima aduan dari sebuah hospital swasta kira-kira jam 9.30 malam.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 30 kesan tikaman pada badan mangsa dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam.

Susulan kejadian, polis telah menahan seorang suspek berusia 21 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa.

Suspek juga dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden.

"Suspek dipercayai telah datang ke rumah mangsa bagi melawat ahli keluarganya.

"Ketika kejadian, ibu mangsa sedang tidur bersama seorang bayi di tingkat atas manakala neneknya keluar seketika.

"Setengah jam kemudian, nenek mangsa pulang dan mendapati mangsa berada di bilik stor, ditutupi kain putih dan berlumuran darah.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Polis turut merampas baju dan seluar yang dipakai suspek ketika kejadian.

Motif kejadian sedang dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber AA