Anwar serah Dr M tentu masa sesuai tanding semula

Anwar serah Dr M tentu masa sesuai tanding semula - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Anwar serah Dr M tentu masa sesuai tanding semula, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Anwar serah Dr M tentu masa sesuai tanding semula
Link Artikel/Video : Anwar serah Dr M tentu masa sesuai tanding semula

Baca juga


Anwar serah Dr M tentu masa sesuai tanding semula


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak berhasrat bertanding semula (parlimen) sekarang, sebaliknya akan menghadiri program-program penerangan mengenai rancangan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) membina semula negara.

Anwar berkata beliau akan bertolak ke Turki hari ini untuk menghadiri program bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan.

"Saya baru balik dari London sehari sebelum Raya dan semua orang nak tahu semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum sehingga mampu menjatuhkan kerajaan lama dan membina kerajaan baharu," maklum beliau seperti dipetik Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di Pulau Pinang, malam tadi.

Beliau berkata mempunyai komitmen untuk berkongsi pengalaman politiknya di Malaysia dengan negara luar.

"Saya tidak fikir lagi untuk bertanding semula dan menyerah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan masa yang sesuai," katanya.

'Dibelasah kiri dan kanan'

Bagaimanapun, pada 5 Jun lalu, bekas ketua pembangkang itu dilaporkan berkata akan mempercepatkan proses kemasukannya semula ke parlimen.

“Saya duduk di penjara 10 tahun. Saya dibelasah kiri dan kanan. Kemudian mereka kata saya tidak patut jadi ahli parlimen.

"Saya rasa pandangan itu melampau daripada sesetengah orang, kononnya kerana mereka takut saya akan ganggu (pentadbiran sekarang).

"Takkan saya tak boleh jadi ahli Parlimen biasa," katanya.

Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penduduk Permatang Pauh yang turut membantu melakarkan sejarah baharu Malaysia dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Selepas sekian lama meninggalkan Permatang Pauh, saya teruja dengan sokongan yang masih diberikan oleh penduduk di sini," katanya.

Lebih 2,000 pengunjung menghadiri majlis itu Dataran Rakyat Guar Perahu dekat Penanti di sini dan antaranya Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta beberapa pemimpin kerajaan negeri.

Sumber MK