'Minta maaflah, saya tak kisah' - Muhyiddin

'Minta maaflah, saya tak kisah' - Muhyiddin - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Minta maaflah, saya tak kisah' - Muhyiddin, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Minta maaflah, saya tak kisah' - Muhyiddin
Link Artikel/Video : 'Minta maaflah, saya tak kisah' - Muhyiddin

Baca juga


'Minta maaflah, saya tak kisah' - Muhyiddin


“Sebenarnya, saya sudah tidak peduli hal UMNO dan tidak mahu dengar lagi.”

Itu reaksi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaku tidak lagi berminat mengambil tahu hal-ehwal UMNO.

Malah, beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO menyifatkan zaman parti keramat itu sudah berlalu selepas terpalit dengan pelbagai isu dan skandal termasuk politik wang.

“Minta maaflah, saya tak kisah siapa nak bertanding apa itu hak dialah... Saya tak nak komen. Semua saya kenal mereka di sana.

“Jadi, saya tak kisah sangat siapa nak bertanding, nak menang presiden ke timbalan ke, itu bukan perkara untuk kita bagi perhatian... Hak merekalah,” katanya.

Muhyiddin mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti, akhir bulan ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di Muar, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang juga Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda PPBM.

Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti.

Menerusi laman sosial Instagram, Ahli Parlimen Rembau itu memuat naik borang penamaan calon yang mengesahkan beliau akan bertanding jawatan nombor satu parti itu.

Kenyataan ringkas Khairy itu mengesahkan jawatan presiden ketika ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid; Tengku Razaleigh dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz.

Sumber HM